Aku diserang demam bola. Ya, memang aku gila bola. Peduli apa kata mereka, memang aku bukan anak jantan, tapi tiada salahnya. aku juga manusia, sama seperti lelaki diluar sana, punya jiwa dan semangat yang mendalam kepada objek bulat yang ditendang-tendang itu.
Terlebih dahulu, maaf buat BAKAL KEKASIH aku, BAKAL TUNANG aku, dan BAKAL SUAMI aku nanti. Memang dinda sayang banget dengan kekanda, tapi kalau dah masuk bab bola ni, kanda jadi yang ke-2. Maaf ya. Oh ya, kalau kanda rasa kanda ni bukan lah peminat Malaysia, kelab Manchester United, ataupun England, maka dinda tersangatlah berharap agar kanda mengundurkan diri secara suka rela sebelum kita putus angkara objek berbentuk bulat itu.
Kanda jangan salah sangka, bukan dinda tidak cintakan kanda. Namun apakan daya, cinta dinda terhadap bola begitu mendalam dan telah lama berputik sebelum kita menyulam cinta. untuk itu, dinda pohon keampunan ya :D
alamak, jauh sudah terpesong. pada yang tidak berkenaan dan berkaitan sila abaikan apa yang aku tulis. kerana itu adalah makluman dan pemberitahuan yang teramat penting buat lelaki yang bakal mendampingi aku. HAHAHA. OK, silakan muntah untuk itu.
pertamanya, aku ingin ucapkan terima kasih kepada seseorang yang telah membuatkan aku jatuh cinta dengannya dan juga bola. Oopss!! ok, aku terpaksa juga akur pada itu kerana kau lah lelaki yang mengajar aku erti bola sepak sebenar. aku tak kisah walaupun kau dah tikam dan robekkan hati aku sehingga terpancut-pancut darah, yang telah mengakibatkan berpuluh jahitan serta berjuta parutan, hakikatnya, kau lah lelaki itu, yang membuatkan aku gila sawan sama permainan bola sepak. TERIMA KASIH .
suatu ketika dahulu aku benci bola sepak sebab kau sanggup lupakan aku semata-mata untuk menonton kelab kesayangan kau tu main kan. cis, memang aku rasa geram gila waktu tu. tindakan pentingkan diri kau ni lah yang membuatkan aku terasa nak belajar meminati sukan lelaki ini. sebab aku tak mau bola yang tergolek-golek kesana kemari itu menggugat kedudukan aku dihati kau. haha. lawak bukan? tapi tu hakikatnya. yer lah, kau kena ingat, hasil kajian Dato' Fadzilah Kamsah telah membuktikan bahawa orang yang lahir pada bulan 4 ni, kuat cemburu. so, sekarang kau faham kan? bukan sebab aku sayang sangat dengan kau, tidak, tidak sama sekali, tapi sebab aku lahir pada bulan April. HAHA. al- maklum, masa bercinta, semuanya indah belaka. sanggup berkorban apa saja. benda yang paling meluat pon boleh suka. kiranya, ini pengorbanan aku buat lah untuk kau dulu. cewah!! geli lah pulak aku bila baca balik. kesimpulannya, aku cuba menyukai benda yang kau minat. masih kau ingat?? first time kau ajak aku tengok bola??? memang agak seksa aku rasa bila kau missed call aku banyak kali suruh aku bangun kan. kalau kejut buat solat hajat tak pe lah jugak. HAHA. meskipun ngantuk gila gaban, tapi sebab kau yang kejut, dan sebab kau yang mintak, maka aku gagahkan juga diri aku yang sememangnya gagah ni untuk bangun dan menonton perlawanan itu.
aku tidak tahu ini fakta atau auta. setakat ini masih tiada kajian khusus yang dibuat bagi membuktikan bahawa wanita yang gemar menonton perlawanan bola sepak sebenarnya, bukan menyokong pasukan yang mempunyai pasukan yang hebat ataupun corak permainan yang bagus, hakikatnya para gadis ini hanya menyokong pemain yang kacak sahaja. HAHA
bila aku fikir balik, memang betul pun. bayangkanlah, gadis mana tak cair hatinya bak ais yang diletakkan dibawah terik mentari pabila melihat si jejaka dengan style macho turun ke padang ditambah pula dengan kehandalan bermain bola. huh!! bonus juga bagi pemain yang mempunyai body yang awesome kan. macam David Beckham, Javier Hernandez, Frank Lampard, Terry ( ni kalau aku tulis semua pemain yang aku suka, mahu setahun tak habis ) HAHA. tepuk dada, tanya selera lah!! :D
Kenapa aku pilih Manchester United?? dulu masa aku bodoh pasal bola, aku sokong man U sebab aku suka warna merah. tapi kenapa aku tak sokong Arsenal ataupun Liverpool?? Sebab Shafiq kata club tu hebat. aku ikut je. ok, silakan kutuk aku. tapi sekarang setelah benar-benar matang dalam mengenal erti bola sepak sebenar, aku dapat merumuskan bahawa aku sokong Manchester United sebab diaorang memang hebat. pemain yang mantap dan super power. memang aku tak sanggup berpaling tadah lah kan. :)
hidup aku tanpa bola ibarat minum nair milo ice tanpa milo, susu dan ice. itu hakikatnya. dua tahun aku terperap di asrama Sakti tidak membuatkan cinta dan sayang aku pada bola sepak pudar begitu sahaja. meskipun aku tak dapat menonton setiap perlawanan yang berlangsung pada masa itu, namun aku bersyukur kerana kawan-kawan tercinta sanggup up-date result perlawanan. terima kasih Muhammad Nur Azrey, Muhamad Shafiq Chin, Muhamad Ridzuan. :) sayang korang banyak-banyak lah :D
oh ya, aku kurang gemar menonton perlawnan bola sepak di tempat terbuka seperti kedai mamak, sebab aku rasa pelik gila bila semua yang duduk disekeliling aku adelah lelaki. aku ok je, tapi bak kata mak aku, "awak tu perempuan, kan tak manis orang pandang". sebagai anak solehah, HAHAH, aku akur pada kata-kata mak aku tu. ade benarnya. maklumlah, aku ni emosional banyak, sekali gol, habis suara aku jerit, kalah tarzan. bila stress, keluar pula kata-kata azimat aku yang membuatkan semua orang pandang aku macam aku ni makhluk yang pelik kat dunia ni. haish, geram betul lah!! macam mereka tidak pernah mencarut saja -.-
baik aku duduk kat rumah, suka hati aku nak tergolek ke, melompat-lompat ker, berlari dari dapur ke ruang tamu ker, apa ker, tiada siapa yang kisah sebab aku sorang je yang menghadap bola sepak. HAHAHA
tapi kalau dalam keadaan darurat, aku terpaksa juga merendahkan ego kewanitaan aku ini untuk pi tengok kat kedai mamak or McD ( ini kes masa kat UiTM lah ni ). haruk sangat nak tengok FIFA WORLD CUP. Ini tak campur kes aku tetido kat bilik tv Mawar sebab tengok match England German. nasib baik ada Nurul Afiqah kan. peneman aku tidur kat bawah tu. HAHAHA. aku rasa best pulak kenang gelagat bila musim bola sudah tiba. Oh, tidak lupa aku dimarah dan ditegur oleh cikgu semasa Form 2, sebab mata aku sembam tak cukup tidur layan FIFA :)
kalau nak cakap semua yang aku rasa pasal bola sepak, alamatnya, memang tak akan siaplah entri kali ini. semua benda aku nak update nanti. ahha. habis nanti semua kenangan silam aku yang berkaitan dengan bola aku punggah. apa pun, aku memang gila bola. :)
p/s : bila aku tengok bola, aku ingat kau. ape sey yang aku buat tak ingat kau? sorry, walaupun kau kenalkan aku dengan kelab Chelsea, namun aku curang dengan kau, sebab aku join Shafiq sokong Manchester United. tiba-tiba semua kenangan kita gaduh pasal bola buat airmata aku meleleh. bongok betul. When I think back, of all the memories, I shed a tear cause I know it will never be the same. So much has changed since then, I miss you so much. :(
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.