Kali ini aku menulis sekadar ingin mencoretkan kata hati.
Soalan ini muncul di benak fikiran aku yang buntu dan kusut ni setelah aku pulang ber-hang-out bersama rakan tercinta, dan juga seseorang yang pernah aku sayang, tapi itu dulu, iaitu bekas kekasih aku.
" Siapa dia? Kawan lama atau bekas kekasih? "
soalan klise bagi seorang yang berat pemikiran macam aku. Kanapa tiba-tiba??? Sebab pertemuan kita yang sekian kali ini masih meninggalkan tanda tanya buat aku. Kau tidak seperti dulu. Tidak seperti kita bersahabat, tidak juga seperti kita bercouple dahulu. itu sudah pasti kerana tiada cinta atau sayang yang masih wujud diantara kita.
lalu dimanakah letaknya status diantara kau dan aku??Masih ingat kisah lalu? sewaktu kita bersahabat. aku, kau, dan kawan-kawan yang lain. kita sentiasa bersama. tawa duka dikongsi bersama. kau layan aku sama rata macam mereka. kurang lebih begitu juga. tapi kini tidak begitu. aku kira setelah kita putus, kau akan memegang semula status seorang kawan dan sahabat baik untuk aku. namun, aku silap perhitungan. kau bukan lagi seperti itu. kini kau jauh berjuta batu dari diri aku. kau seperti kawan kepada sahabat aku. kita tidak lagi seceria dulu. aku tak mampu mengeluarkan suara aku yang kasar ni bila berhadapan dengan kau. kerana kau seolah tidak menunjukkan minat untuk berkongsi cerita tentang hidup kau. kenapa? tolong berikan aku jawapan itu.
kau perlu tahu. tingkah laku kau itu buat aku terluka. kau buat aku rasa macam aku tak bermakna walau sekelumit rasa. aku bersama mereka, tapi kau tak nampak aku. sebab apa? aku mahu tahu. mustahil kerana muka aku yang gelap ni kau tak sedar kewujudan aku kan?? memang kurang logik walaupun jawapan itu boleh diterima pakai.
memang aku gelak gila-gila. senyum sampai ke telinga. tapi pernah kau cuba merasa? hati dan jiwa seorang perempuan yang dikecewa??? oleh seorang sahabat yang dulu paling dia cinta?
sayang, kau bukan lelaki yang mampu menafsir semua.
penat. jemu. bosan. letih. sakit hati. putus asa. aku tidak mahu terus berpura dihadapan semua. aku tak mampu bersama mereka bila kau juga turut serta.sebab aku tak mahu terus terusan diluka. aku mahu kau tersenyum gembira bila melihat aku tiada bersama. mungkin waktu itu baru kau selesa untuk cerita semua.
kau tahu aku memang sakit hati gila bila kau boleh buat bisa dengan mereka, bergelak ketawa, bertanya khabar, story cerita dan kenangan semua. bila tiba kat aku kau diam je?? aku tak berharap kau caring kat aku macam zaman kita bercinta dulu. TAK!! cukup sekadar kau layan aku seperti kau layan geng yang lain. aku kawan kau juga. kita satu geng. harap kau faham itu.
sekian dari aku
p/s : hakikatnya kini, kau hanya seorang bekas kekasih. persahabatan kita hanya tinggal kenangan dan menjadi memori buat aku kenang sepanjang hidup aku. terima kasih untuk itu. :)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.