" ingat ya, KARMA itu tak jauh di balik pintu ! "
Sekilas angin lalu, aku terpana dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Si Dia itu. Cantik susunan ayatnya sehingga mengganggu konsentrasi aku untuk meneruskan kerja yang sedang aku lakukan ketika itu. Ternyata tajuk KARMA itu benar-benar menarik perhatian rakan kerja yang lain. Seperti di kedai kopi lagaknya, semua pekerja dibelakang berkumpul dan berbincang mengenai KARMA. Semua bercerita, manakala aku hanya menjadi pendengar setia. Sekadar tersenyum, mengerutkan kening dan membulatkan mata. Reaksi ku yang pelbagai ternyata membuatkan rakan yang lain tergelak. mungkin hairan. bagi aku tidak. Di akhir perbualan, aku hanya mampu berkata, " KARMA~~ hmm, apakah ianya wujud?? " sambil tersenyum, aku berlalu meninggalkan mereka yang terpinga. Lucu melihat reaksi mereka.
HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
* aku hanya mampu tergelak besar di dalam hati kecil ku ini *:D
Setelah itu, semua bersurai dan kembali fokus melakukan kerja masing-masing.
Namun, sekembalinya di rumah, persoalan itu berlegar-legar di benak fikiran dan memaksa aku untuk mencari jawapan.
Namun, sekembalinya di rumah, persoalan itu berlegar-legar di benak fikiran dan memaksa aku untuk mencari jawapan.
******************
Aku : Mai, kau percaya kewujudan KARMA di bumi ciptaan tuhan ini?
Hati : Hendak aku Iyakan, masih aku tak pasti. Mahu aku Tidakkan, perasaan aku sangsi.
Aku : Pelik. Sebenarnya, kau tahu apa itu KARMA?
Aku : Habis tu, apa pula definisi yang tidak hakiki yang telah kau temui itu?
Hati : Sukar untuk aku huraikan kerana aku mengkaji dari hasil tulisan. Aku mentafsir apa yang aku dengar dari orang disekeliling. Aku juga belajar dari pengalaman.
Aku : So, apa yang kau dapat?
Hati : Bagi aku, KARMA itu balasan terhadap segala perbuatan yang pernah kau lakukan sepanjang kau hidup.
Aku : Maksud kau ?
Hati : WHAT GOES AROUND COMES AROUND~
Aku : Jadi kau berpegang pada ajaran Hindu yang mengatakan HUKUM KARMA itu merupakan satu prinsip ‘berbuat baik dibalas baik dan berbuat jahat dibalas jahat?
Hati : Bukan macam tu maksud aku. Hah kan aku dah cakap, payah untuk aku ungkai satu persatu. Kau kena ingat, dalam subjek Sejarah tingkatan 4 tu kan ada menerangkan, mereka yang menganut agama Hindu itu percaya pada HUKUM KARMA kerana mereka ingin mencapai Nirwana(syurga) atau tahap Moksha(bersatu dengan tuhan). Dalam skop ini, kepercayaan mereka terbatas dalam kehidupan di dunia semata-mata.
Aku : Habis kau pula?
Hati : Aku percaya kita akan terima balik ( balasan ) terhadap apa yang telah kita lakukan antara di dunia ataupun akhirat nanti. Kau paham?
Aku : Kurang jelas. Agak kabur, mungkin dilindungi kabus tebal. Cuba kau terangkan lebih mendalam.
Hati : Aku percaya, bila kita buat sesuatu itu, tidak semestinya kita akan mendapat balasan di dunia semata. Mungkin juga kita akan menikmati balasan tersebut di akhirat. Come on, jangan lah loading sangat. Kau taat segala perintah dan suruhan Allah swt, kau tinggalkan segala larangan-Nya, maka Dia telah menjanjikan kau Syurga di akhirat kelak. Jika sebaliknya, Neraka pula menjadi tempat persinggahan kau. Faham??
Aku : Oh, begitu. Bila kau mula dengar perkataan KARMA ini?
Hati : Masa aku tingkatan 1 kot. zaman aku nakal-nakal dulu. Kau kenal band dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai ' Cokelat ' ? Aku tertarik dengat bait-bait lirik dalam lagu mereka yang bertajuk Karma. Dari situ, aku mula mengkaji apa itu Karma.
Hati : Hendak aku Iyakan, masih aku tak pasti. Mahu aku Tidakkan, perasaan aku sangsi.
Aku : Pelik. Sebenarnya, kau tahu apa itu KARMA?
Hati : Sejujurnya tidak. Kerana, hampir 19 tahun aku bernafas di bumi ini, aku masih gagal menemui definisi hakiki bagi perkataan KARMA itu.
Aku : Habis tu, apa pula definisi yang tidak hakiki yang telah kau temui itu?
Hati : Sukar untuk aku huraikan kerana aku mengkaji dari hasil tulisan. Aku mentafsir apa yang aku dengar dari orang disekeliling. Aku juga belajar dari pengalaman.
Aku : So, apa yang kau dapat?
Hati : Bagi aku, KARMA itu balasan terhadap segala perbuatan yang pernah kau lakukan sepanjang kau hidup.
Aku : Maksud kau ?
Hati : WHAT GOES AROUND COMES AROUND~
Aku : Jadi kau berpegang pada ajaran Hindu yang mengatakan HUKUM KARMA itu merupakan satu prinsip ‘berbuat baik dibalas baik dan berbuat jahat dibalas jahat?
Hati : Bukan macam tu maksud aku. Hah kan aku dah cakap, payah untuk aku ungkai satu persatu. Kau kena ingat, dalam subjek Sejarah tingkatan 4 tu kan ada menerangkan, mereka yang menganut agama Hindu itu percaya pada HUKUM KARMA kerana mereka ingin mencapai Nirwana(syurga) atau tahap Moksha(bersatu dengan tuhan). Dalam skop ini, kepercayaan mereka terbatas dalam kehidupan di dunia semata-mata.
Aku : Habis kau pula?
Hati : Aku percaya kita akan terima balik ( balasan ) terhadap apa yang telah kita lakukan antara di dunia ataupun akhirat nanti. Kau paham?
Aku : Kurang jelas. Agak kabur, mungkin dilindungi kabus tebal. Cuba kau terangkan lebih mendalam.
Hati : Aku percaya, bila kita buat sesuatu itu, tidak semestinya kita akan mendapat balasan di dunia semata. Mungkin juga kita akan menikmati balasan tersebut di akhirat. Come on, jangan lah loading sangat. Kau taat segala perintah dan suruhan Allah swt, kau tinggalkan segala larangan-Nya, maka Dia telah menjanjikan kau Syurga di akhirat kelak. Jika sebaliknya, Neraka pula menjadi tempat persinggahan kau. Faham??
Aku : Oh, begitu. Bila kau mula dengar perkataan KARMA ini?
Hati : Masa aku tingkatan 1 kot. zaman aku nakal-nakal dulu. Kau kenal band dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai ' Cokelat ' ? Aku tertarik dengat bait-bait lirik dalam lagu mereka yang bertajuk Karma. Dari situ, aku mula mengkaji apa itu Karma.
Lagu ini berkisah tentang seorang perempuan yang gembira setelah lelaki yang mengecewakan dia dulu, akhirnya dikecewakan juga. Kiranya, si Lelaki ini mendapatkan nasib yang sama.
Ah, padan muka.
* persetankan ayat hasil sentuhan jiwa yang kecewa *
Aku : Ada benarnya. Kiranya, kita akan dapat balik apa yang kita pernah lakukan pada orang lain?
Hati : Ya, itulah main point aku. Sekarang ni kau faham?
Aku : Faham. Kau pernah alami?
Hati : Mestilah pernah, jika tidak, masakan aku berkongsi pendapat. Ingat apa yang aku katakan pada kau awal-awal tadi? Aku belajar dari pengalaman.
Aku : Kenapa? kau masih ingat kisah silam itu?
Hati : Mestilah. Peristiwa itu yang menyakinkan aku, what goes around comes around. Macam lagu Justin Timberlake kan? HAHA
Aku : Bijak kau kawal perasaan. Sayangnya aku tidak mudah tertipu dengan senyuman dan gelakan kau.
Hati : Kau tahu, dulu aku memang nakal. Buat keputusan tak fikir panjang. Aku buat ikut suka hati tanpa memikirkan hati dan perasaan orang yang aku lukakan. Aku tinggalkan dia macam tu sahaja. Aku buat dia macam orang tak berperasaan. Tanpa sepatah kata, aku buang dia jauh-jauh dari hidup aku. Aku campak dia dalam gaung paling dalam kat hati aku. Semua itu aku lakukan demi kepentingan aku sendiri. Aku utamakan kebahagiaan aku. Aku biarkan dia tertunggu-tunggu. Tanpa penjelasan, aku tinggalkan dia.
Aku : Baru kini kau menyesal?
Hati : Ya. Setelah aku diperlakukan sebegitu juga, tetapi oleh insan yang berbeza. Ajaib bukan?
Aku : Itu KARMA bagi kau?
Hati : Semestinya. Apa yang aku buat pada Dia satu ketika dulu, kini aku pun dapat nasib yang serupa. Again, what goes around comes around!
Aku :Kesimpulan kau terhadap perkataan KARMA itu hanya merujuk pada Cinta, Hati dan Perasaan??
Hati : Tidak juga. kerana bagi aku, KARMA ini merangkumi semua aspek dalam kehidupan kita. Mungkin hari ini kau buat baik pada seseorang. Mana tahuhari esok ada orang lain yang akan balas perbuatan baik kau tu. Logik bukan?
Aku : Benar juga. Kau yakin, kekalahan Kelantan ditangan Terengganu di pertemuan Piala FA merupakan satu KARMA? Iyalah, pertemuan 6 hari sebelum itu telah menyaksikan Kelantan sebagai juara.
Hati : Oh itu NO COMMENT. suratan takdir barangkali. Ingat, Allah itu Maha Adil. Adilnya DIA dengan memberi kemenangan kepada kedua pihak dalam perlawanan yang berbeza. Indah bukan caturan yang telah ditetapkan ini?
Aku : * hanya mampu tersenyum, sambil mengimbas kembali perlawanan Piala FA tadi yang menyaksiakan layangan Kad Kuning paling banyak dalam satu perlawanan. Kalah FIFA World Cup. Apapun, siapa yang menang bukan menjadi kepentingan buat aku kerana aku lebih menyahut seruan Perdana Menteri kita
' 1 MALAYSIA ' * :)
Hakikatnya, kewujudan KARMA itu bergantung pada kepercayaan seseorang individu. Ada yang menggunakan KARMA sebagai tiket pengecualian bagi mereka untuk membalas dendam kerana mereka percaya KARMA akan mengambil tugasannya. Tetapi, ada pula segelintir mereka yang melabelkan KARMA ini sebagai satu prinsip dan pegangan hidup yang kolot. Jawapannya ada dalam diri anda sendiri. Pejamkan mata dan hayati.
p/s : Just remeber that ' What goes around, comes around '. Learn it well because what you do and say today will come back to bite you. :) Every action has a consequence, so be careful of what decisions you make, because it will affect people for years to come. Was it worth??